Friday, February 25, 2011

Kenangan Terakhir

Hari terakhir di SMKSS,

Pagi, ibu siap menyediakan sebekas 'cheese cake', menyuruhku membawanya bersama ke sekolah. 'cukup ke dik?''rasa nye cukup, ma.' 'em... kalau tak cukup, kongsi2 la seorang dua.' aku mengangguk, terus mendapatkan kedua tapak tangan ibuku, danterus ku salam dan kukucup. Abah dan adik2 ku telah menungguku di dalam kereta.

Tiba di sekolah, abah menurunkan aku di sebelah kantin. Aku melepaskan diri, keluar dari kereta dan terus menunju ke arah meja kantin untuk meletakkan barangku satu persatu. Aku kembali ke arah kereta dan terus mengucup tangan abahku, lalu mencapai setenggek buku teks yang telah diikat kemas oleh abah. Kereta abah telah pergi, aku membawa perlahan-lahan buku2 itu untuk meletakkannya di atas meja kantin, bersebelahan dengan barang2 ku yang lain.

10 minit berlalu, makin lama, makin ramai yang datang.

Tepat jam 7.20a.m, semua pelajar diharuskan mengumpulkan diri di tapak perhimpunan. Bagi menyingkatkan masa, aku membiarkan sahaja barang2 ku termasuk sekali buku2 teks tu di kantin. Aku hanya membawa diriku ke tapak perhimpunan. Bertemu semula dengan rakan2, aku senyum, rakan membuka tajuk perbualan, aku hanya mendengar dan cuba menyambung perbualan tersebut. Aku sedar pada ketika itu, ini hari terakhirku berada bersama mereka, berbual senja.

Habis perhimpunan, aku menuju ke arah kantin. Aku meminta bantuan seorang dua sahabat karibku untuk membawa kek tersebut, manakala aku membawa buku2 teks tersebut. Perlahan-lahan, aku menjejak setiap satu anak tangga, hingga ke penghujungnya. Dalam mindaku memikirkan, inilah kali terakhir aku menaiki tangga ini pada waktu pagi dengan beg yang berat.

P&P bergerak seperti biasa. Cikgu biology tidak hadir, kami melakukan kerja masing2. Aku mengeluarkan bekas kek tersebut, membuka kepalanya, dan mengagihkan kek tersebut kepada semua orang. Alhamdulillah, cukup, habis kesemuanya. Waktu kelas agama tiba, seterusnya sivik. Guru matapelajaran sivik memberi tugasan kepada beberapa orang pelajar untuk melakonkan beberapa situasi dengan gaya spontan. Memang menarik, lucu pon ada. Hampir semua rakan kelasku termasuk ketua kelasku tergelak-gelak hingga ada yang perutnya mahu pecah. Sungguh gembira.

Rehat, aku membawa ketulan kek yang terakhir yang telah aku simpankan sebentar tadi ke kantin. Aku berniat untuk membaginya kepada dua orang rakan sejatiku di kelas lain. Mereka berkongsi dua orang, puas hati mereka makan! Ketika itu, aku cuba menghabiskan nasi lemak lauk telur yang berharga RM1.50. Aku cuai, aku telah menambahkan bilangan sambal pada hidanganku itu, pedas! Berpeluh-peluh aku menghabiskan setiap suapan pada suduku itu. Hehe, telah ditakdirkan kali terakhir aku menghabiskan masa dengan rakan-rakan ku di kantin dijuadahkan dengan nasi lemak yang pedas.

Selepas rehat, kedua-dua kelas Maths cikgu tidak masuk. Seterusnya, waktu terakhir, waktu Bahasa Melayu, kelas terakhir aku di alam persekolahan SMKSS. Seperti yang telah dijanjikan oleh guru B.M ku, hari ini akan diadakan pertandingan perbahasan secara olok-olok di kelas kita. Meja telah disusun seperti di dalam kaca tv. Para Hakim, para pencadang dan pembangkang dan penjaga masa telah mengambil tempat masing2, begitu juga dengan pelajar2 lain. Perbahasan diajalankan dengan baik, ada juga tergagap-gagap. Pada mulanya aku mendengar setiap kata2 yang disampaikan daripada panel kedua-dua pihak, tetapi, berdiri sahaja pembangkang yang terakhir untuk menyampaikan hujah-hujahnya, pandangan mataku kabur, penuh dengan air mata. Aku sedih, aku pilu. Aku menahan tangisanku.

Selesai perbahasan, loceng terakhir berbunyi..... Habis detik terakhir aku berada di sekolah. Aku ingin melarikan diri dari kesedihan ini, namun, tidak berjaya. Aku mula mengeluarkan air mataku ketika keluar sahaja dari pejabat. Lepas! Segala kenanganku dimainkan semula dalam akal mindaku, aku hanya berdiam diri dan terus menitiskan air mata yang sekian lama tersimpan di hati. Kenangan2 tersebut terus berputar, tidak kira yang pahit, yang manis... Kesemua sekali yang ada kaitan dengan sekolah ini. Esakkan aku tidak henti2, sehingga pulang ke rumah. Berakhirlah perjalanan hidupku bersama-sama rakan-rakan sejati, group2 pengawas, group choir, geng2 form2, form3, budak2 bekas 3c, budak2 baru, guru-guru tercinta, pengetua, kelas-kelas ku syurga ku, bilik mesyuarat, bilik kaunseler, kooperasi, makmal-makmal, surau, kantin, tempat 'parking' basikal... kesemuanya, Aku akan rindu kesemuanya sekali.

Sekian.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera, kebanggaanku!

1 comment:

  1. Yeah! Huhuhu... my tears refuses to fall (ak yg tahan sbnrnya...).

    Past, present and future,
    Our friendship will last forever.

    ReplyDelete