Saturday, February 19, 2011

7 Febuary Lagi

-sambungan-

ketika di kelas, rasa agak sunyi, tanpa mereka yang telah meninggalkan kami, rase kosong, rasa sepi.... kaum adam semakin berkurang ... dari 10 menjadi 6.. nasib baik datang seorang pelajar lelaki baru dari SMAB, terus menjadi 7. sama juga bagi pelajar perempuan.. kurang 4 tambah lagi seorang. alhamdulillah, masih boleh lagi kelas kami menerima pelajar2 baru ini... Tetapi, pertambahan pelajar lain tidak mengubah apa-apa... yang pergi tetap pergi... Biarlah mereka pergi, mereka pergi untuk berlajar, tidak sia-sia. Kita di sini juga perlu meneruskan perjuangan kita! Tidak kira di mana sahaja kita berada, ilmu itu tetap penting. Tabah menerima kenyataan.

Semasa sesi pembelajaran bermula, semuanya berjalan dengan lancar. Ketika guru menyoal, tiada siapa pon yang berani mengangkat tangan dan mengatakan 'saya cikgu!' aku rasa lemah, bimbang kelas ini tidak menjadi ceria. Mujur seorang daripada kami yang penakut ini mengangkat tangan.

Sepanjang waktu persekolahan, aku asyik memaksa diri untuk sedar dari penyakit rindu. Semasa rehat, takde semangat langsung nak makan. Tapi, untuk mengelakkan orang lain sedar akan keadaan ku yang kronik ini, aku buat2 cergas. Semasa hendak naik ke tangga, terserempaka dengan sekumpulan pelajar lelaki. Aku kenal kumpulan ini. Aku lihat bilangan ahli 'gang' mereka telab berkurangan, dan semakin kurang riuhnya. Hmph~

Tiba-tiba, seorang pelajar yang berada berdekatan denganku ketika itu menegurku 'tokoh budi bahasa'. aku terkejut. Apa yang diorang buat ni? 'Diorang nak kenal ko.' kawan aku jawab. aku tidak kenal pun siapa dia. sejak itu, rakan2 ku yang berada di sekelilingku mula mengajuk-ajuk aku, 'tokoh budi bahasa' kononnya. aku malu. gurauan mereka membuatku tidak selesa. seolah-olah memerli. aku hanya membalas balik kata-kata mereka dengan gurauan lain atau hanya senyuman paksa. Aku bukanlah insan yang baik, bukanlah satu-satunya insan yang perlu diikut contoh akhlaknya. ramai lagi yang berhak menerima panggilan tersebut. dari awal rehat, sampai balik, ada sahaja yang menegurku. kadang-kadang tu ada juga terwujud sifat riak (tak dapat den nak nolong). Aku penat. mula-mula, memikirkan ketiadaan classmate2 sejati. kedua, tokoh budi bahasa... Naik loya dibuatnya.

Kini, bilangan teguran tersebut hampir-hampir mencecah sifar. Penyakit rinduku juga telah semakin reda, pulih. Aku mahu menjadi insan sedarjat dengan mereka. Aku sedar jika aku mahu berjaya macam mereka, aku perlu berusaha+tahan lasak+tahan penat+tidak mudah mengeluh+tidak mudah berputus asa+tidak banyak komplen. Aku juga perlu membanyakkan lagi DUIT ku. ala, duit, takkan la tak tau kot... duit : D = doa, U = usaha, I = Istiqamah, T = takwa. always keep your money in your pocket!

No comments:

Post a Comment