Thursday, February 10, 2011

7 Febuary

pada hari isnin, 7/2/2011, permulaan sesi persekolahan selepas cuti 9 hari sambut raya Cina, dan ia merupakan hari pertama tanpa mereka. aku ke sekolah seperti biasa, bangun, sembahyang, mandi, susun beg sekolah dan terus pakai sarung kaki + kasut untuk ke sekolah. Adik kat luar rumah dah buat muka, aku sedar, memang dah lambat pun dan ini semua salah aku. aku bengang. ini bukan kali pertama kitaorang lambat ke sekolah, dah memang beribu2 kali... aku memang malas nak jalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.

Tiba di sekolah, ARGH~ perhimpunan! -muka masam- aku bukan tak suka perhimpunan, tetapi malas. Perhimpunan, pelajar semua berkumpul ke tapak. Berbaris, tapi senget2. Suruh senyap, bising. Suruh pandang depan, toleh. Suruh nyanyi, suara lemah je... Teruk betul! Aku bukan pengawas, dan bukan buat selama-lamanya. Aku cuma seorang yang malas nak layan orang yang tidak mematuhi peraturan. Benda senang je, just 20 minit, just diri, just tutup mulut, itu JE~ perkara mudah macam tu pon LAMBAT sangat nak 'pickup', LOSER!(pekalah). Diorang tak bersyukur langsung yang diorang ni masih ada cikgu yang sanggup tolong kita, mengajar kita. At least, belajar la jadi orang yang pandai bukan sahaja dalam akedemik, but the look, rupa kita, gaya kita. Berborak pon, entah apa aje yang penting, KASAR pulak tu! KAlAU berilmiah tu, boleh lagi orang senang nak terima, ini BUKAN! Kalau boleh, senang2 je aku bunuh semua orang tetapi tiada senjata. (ARGH!, ALASAN SEMATA-MATA! ALAT TULIS PON BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI SENJATA MEMBUNUH) tetapi dalam Islam, membunuh itu Haram. So, aku cuma senyap, sabar, buat muka selamba, sambil memikirkan senarai kerja sekolah.

Tiba-tiba, cikgu pembimbing kaunseling, Cikgu Nur naik ke pentas. Setelah beberapa tahun menetap di sekolah ni, aku tahu bahawa sekiranya jika Cikgu Nur naik ke pentas, tentu ucapannya akan ada kaitan dengan sekolah berasrama. Aku memberi sepenuh perhatianku terhadap kehadiran Cikgu Nur di atas pentas itu, tetapi, isi yang disampaikan itu berbeza. Kelihatan beberapa pelajar telah menyediakan sedulang piala dan sijil-sijil. Sememangnya ia merupakan majlis penyampaian hadiah, tetapi apa? Hadiyati membisik dari belakang mangatakan ia merupakan majlis penyampaian hadiah sempena minggu Budi Bahasa Budaya Kita. Aku terkejut! Bukan perkara yang aku suka! Hadiyati juga mengatakan bahawa aku berkemungkinan besar akan naik ke pentas. Aku senyum, tetapi dalam hati, menggigil. Antara kelemahan aku ialah berdiri di hadapan khalayak orang ramai yang tidak aku mengenali sepenuhnya.

Walaupun aku tak pasti sama ada aku dapat naik atau tidak, sama ada dapat terima sebagai tokoh budi bahasa atau tidak, aku tetap menggigil. Aku buat-buat tenang, tetapi fikiran melayang-layang, mengumpul segala semangat dan keberanian. AKU TAKUT. Sambil menunggu tokoh budi bahasa pelajar tingkatan 3 naik, sementara menuggu panggilan untuk wakil dari form 4, tanganku telah mula sejuk. Sebentar tadi, aku terdengar namaku dipanggil, tindak balas berlaku terhadap badanku, terus ku berdiri. Tanpa berfikir panjang, aku jalan menggunakan jalan yang jauh sikit. Tiada 'short-cut'. Aku menggunakan muka yang tenang sambil berjabat tangan pengetua. Ketika itulah, aku mula takut semula. Aku sedar betapa ramainya yang sedang memandang aku. Tukang ambil foto telah menjalankan tugasnya, lalu kuturun dari pentas. Aku jalan, jalan, dan jalan, sehinggalah kembali ke tempat asal. HUH~ akhirya, selesai! Lega..... rakan-rakan semua sedang mentertawakan aku, seolah-ilah aku telah melakukan sesuatu yang tidak diingini. Aku tak kesah, asalkan semuanya dah berakhir.... tetapi, aku sebagai manusia biasa tidak dapat meramal takdir..... -bersambung-

Ketika di kelas,

No comments:

Post a Comment