Friday, January 22, 2010

Usman Awang - Ke Makam Bonda

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

Monday, January 4, 2010

cara-cara untuk menenangkan diri- my style la..

adakah anda bersedia dengan cabaran hidup yang baru, tahun baru???

Tahun baru, kawan baru, hobi pun baru la... sekarang ni kita dah mula buat sajak, buat komik dan cuba membuat kata-kata semangat bagi seseorang yang inginkan..
Sesiapa yang sedih sangat, stress sangat, perlulah mencari jalan keluar daripada masalah tu..Lagi-lagi bagi pelajar yang sedang bersedia untuk peperiksaan besar tahun ini. Jangan susah payah dengar lagu atau menonton televisyen untuk melegekan minda anda, anda boleh mendapatkan ketenangan dengan hanya menengok benda(asli) yang berwarna hijau, seperti pokok-pokok dekat luar rumah, rumput-rumput...

Jangan sentiasa berfikiran pesimis, senyum selalu, jangan bercakap berlebihan dengan perkara yang tidak berfaedah kerana lebih banyak kita bercakap perkara yang tidak berfaedah, lebih banyak kita kehilangan ilmu yang disimpan. Tidurlah dengan secukupnya, paling sesuai adalah pada pukul 10 atau 11 malam. Kajian mengatakan bahawa setiap jam kita tidur sebelum pukul 12 tengah malam adalah dua kali ganda masanya. Contoh: Jika anda tidur pada pukul 10 malam, iaitu 2 jam sebelum pukul 12 tengah malam, dan bangun pada pukul 6 pagi, maka anda telah merasai tidur selama 12 jam. Anda cuba kira semula, 2 jam sebelum pukul 12 tengah malam kali dua dan tambahkan 8 jam(10mlm-6pg)= (2x2)+ 8 = 12 jam. Manusia akan sedar setelah tidur selama 6-8 jam, anda bolehlah melakukan solat sunat pada pukul 4 pagi, dan teruskan pagi anda dengan melakukan latihan tambahan... cuba fikirkan dengan lebih teliti, anda mampu menguasainya..