Saturday, August 27, 2011

Asrama+Ramadhan=??

assalamualaikum... sudah lama tidak berjumpa, wahai sang-blog~ sejak menetapkan diri di kedah, x berkesampaian aku membuka blog ini..

bermulanuya hari pertama aku berada di KUPSIS, macam2 perkara berlaku. aku berjumpa dengan pelajar dari pelbagai sekolah, mematuhi peraturan yg amat berbeza, bertutur dalam bahasa Inggeris bersama tuan pengetua, didenda pada tengah2 malam, menghidap penyakit demam panas yg teramat panas, menjalani sesi pembelajaran dengan berkongsi guru kelas lain, peperiksaan yang mencabar, aktivi sembelihan ayam secara beramai-ramai, totonan wayang bersama rakan2, mengadakan jamuan tengahari berjuadahkan buah2an tempatan, konflik sesama rakan sebilik ect.

kini, ramadhan tiba, UP2 berlangsung. semua berjalan dengan lancar. sahur, berbuka puasa dan berterawih tanpa yang tersayang, aku berjauhan dengan ahli keluarga dan rakan2 seperjuang PMR ku... Aku rindu mereka, aku mau bertemu sama mereka, aku mau memenuhkan hari-hari ramadhan bersama mereka.. tiap hari aku menunggu kedatangan mereka ke asrama, walaupun ia suatu yang mustahil... countdown diadakan setiap hari pada kelasku. aku sering tertanya-tanya, adakah mereka masih mengingati dan merindui aku sebagaimana aku lakukan sekarang...? persoalan yang sungguh menjengkelkan...

semoga ramadhan berlalu dengan penuh berkat. Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri, semoga segala kesalahan dapat dimaafkan.

No comments:

Post a Comment