Sunday, October 17, 2010

Pendapat pelik

Sesetengah orang pernah berkata manusia itu adalah suatu makhluk yang pelik. Mungkin sekali sesetengah orang itu termasuk sekali aku, mungkin sekali tidak. Jika tidak, patutkah aku mempercayainya? Patutkah aku mengambil atau menyerap atau menerima kata-kata tersebut dengan rela hati? Aku ini bukan nye tidak mampu atau hendak mempercayai kata-kata orang, tetapi ingin mengkaji perkara ini semula. Orang atau insan atau manusia yang mengatakan manusia itu adalah suatu makhluk yang pelik adalah manusia. Bukankah mereka ini sedang memerli atau mengutuk atau manghina diri mereka atau diri sejenis dengan mereka? Bukankah mereka ini sedang menjatuhkan martabat mereka sebagai makhluk yang mulia kepada makhluk yang pelik? Hai, ramai yang tedak perasan tentang perkara ini. Kalau dibaca petikan ini dari awal semula, bukankah kita akan terpikir bahawa perkara ini mungkin benar dan mengatakan perkara ini pelik? Jika begitu, maka dengan rasminya anda adalah sebahagian daripada mereka yang pelik. (Jangan marah kalau tak paham !!!)

No comments:

Post a Comment