Monday, October 11, 2010

Histeria pada musim exam... ( tak pelik dan benar )

PMR telah berlalu beberapa jam yang lepas. Merdekalah anak2 muda kita. Terharunya... Akan tetapi, beberapa kejadiaan tidak seberapa pelik telah berlaku .

Bace tajuk kat atas tu, tu la yang berlaku kat sekolah beberapa hari ini. Histeria secara tiba2. Perkara bermula pada hari ketiga lancarnya PMR, masa tu tengah naik tangga habis rehat, suddenly, kecoh! Semua org pandang ke suatu arah. Mula-mula tak tau apa yg jadi, tanya kawan, kawan tanya balik kat aq. Aq dengar suara jeritan dari arah atas. Baru la sedar sorang budak ni ter-Histeria. Sorang cikgu ni bawak budak ni dengan pertolongan sorang pelajar lain masuk surau. Budak histeria tu terus menjerit buat kali yang ke berapa tah dalam surau tu, terus budak dalam surau yang tengah study tu pucat-pucat, keluar surau. haiseh, suspen si... Lame jugak ar budak tu jerit2, jenuh uztaz jaga budak tu, naik gila pelajar lain dengar.

Paper 2 science dah start. masa budak semua tengah khusyuk buat paper, time tu jugak la budak tadi tu menjerit lagi, dah tu tambah lagi beberapa lagi budak kene histeria. Stress lagi bertambah stress budak yang tengah jawab paper mase tu. Aq yang menggigil dengan jeritan diorg tu berzikir berkali-kali, entah berape kali tah, org sebelah aq pon join sekali berzikir. Habis je paper, ketua pengawas suruh terus balik rumah. Frust giler. Sesi petang, paper sejarah mula dengan tenang tanpa ada gangguan, alhamdulillah paper ni dapat berakhir dengan selamatnye.

Hari keempat, iaitu hari terakhir ambik exam. semua org dah ready dengan kemerdekaan PMR. Mase habis paper last, detik terakhir tu, dengar jugak la budak menjerit, tapi bukan histeria. Selangakah lepas keluar dari dewan exam, dengar budak jerit lagi. Kitorg yg baru keluar ni ingat laungan kemerdekaan PMR, tapi bunyi dier lain sikit. At that time, kitorg punye teacher Norliza datang suruh kitorg balik terus. Diberitahu bahawa ada,lagi kejadian Histeria ni dalam sekolah ni. Kitorg punye la terkejut berok. Semua lari lintang pukang balik.

Terima je la, sekolah kitorg ni 'ganas' sikit. Histeria adalah satu perkara yang berbahaya bagi serorang pelajar. bagi aq la, budak yang terkena Histeria ni punca nye dari rasa kemurungan atau letih mereka. Pihak ibu bapa harus memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap perubahan perengai anak-anak mereka. Itu sajalah kot. Sekian.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

No comments:

Post a Comment