Tuesday, December 22, 2009

Sajak - Misi

Sajak-Misi

Sungguh bahang rasanya,
mengelilingi suasana megah,
mengendalikan misi yang sukar dikendali.
mahu di mana ku berada,
tetap wujudlah rintangan yang sama bandingnya.
hidup seumpama misi yang kukatakan
tidak ada jalan lain
selain jalan yang lurus.
kreativiti dan inovatif dapat melebarkan
jalan tersebut,
meluaskan horizon pemikiran manusia
bagi penyelesaian setiap rintangan dalam misi masing-masing.

berkumandanglah segala irama yang terpendam dalam diri,
fikiran bercelaru,
riak muka bercerut,
imbasan kenangan yang lalu,
pahit, manis, masam, masin,
apakah yang telah kulakukan terhadap duniaku ini?
berdiri seketika bagi penyelesaian masalah,
tenang di hati tenang di fikiran,
kelipan mata setiap insan membuat kuberfikir,
apa yang mereka inginkan?
apa yang mereka impikan?
dunia yang gelap atau cerah.
Bertaburan segala idea mindaku.
Tidak terkata-kata aku terhadap misi ku ini,
senyap dan terus membentangkan horizon pemikiranku.
Masih sedarkah aku di mana aku berada sekarang?
Di mana aku berdiri sekarang?

Manusia dari azali dipelihara di sekitar kawasan
yang disekelilingi dengan keadaan yang mundur,
mundur dengan ilmu kesyukuran, keikhlasan
terhadap misi, hidup
maka terkisarlah segala halangan pada misi tersebut.
Penyedaran makhluk terhadap kesesakkan hidup
masih jauh di perantauan,
ahli bumi turut gagal dalam misi kendalian diri
terhadap dunia alam.

No comments:

Post a Comment