Thursday, February 18, 2010

proses membuat komik...bhg2

bhg 2 ni cite psal storyline.

Storyline lebih baik buat perbincangan dulu sebelum putuskn idea mne yg sesuai. ni sebab takut idea ni luar dari story asal yg dipilih. kalo boleh Selitkan juga serba sedikit 'idea backup' takut kalo idea yg ditetapkan tak cukup mase nak siapkn. Rangka crite kne flow...jgn ade yg tk pasti, smue pasal storyline kene slesaikan dengan perbincangan tetap. Story board, papan cerite perlu dihasilkan dalam satu benduk lukisan yg bersambung.. cam ni senang skit nk rujuk mase lukis nnt.jgn lupe dgn skrip . semue peralatan melukis perlu disediakan terlebih dahulu di tempat lukis. mule melukis... dialog jgn buat dulu, cume siapkan bebola dialog. edit lukisan tu gune tangan dulu, lepas tu scan masuk komputer dan edit dengn gune progrm2 yg bleh digune(ni nnti kte senaraikan). taipkan jugak skrip yg dah disediakn tu, klo x muat dlm bebola dialog boleh editkan.. siap! printkn... eh...blum siap lg, shading!!!!! jgn risau, shading mmg dibuat pada akhir proses ( ni kte tau dlm youtube komik jepun ) kerje ni kene teliti, cara menshading ble tgok kt youtube. buat second check. DAH SIAP.. huhuhuhuhu kalo nk buat penilaian dulu sebelum hantr kt pihak publisher tu memang sgt2 digalakkan. Mintk pendapat tentang komik anda drpd member2. Dah hntr kt publisher, publisher tu tak trime, jgn give up! Anggap saja ia sbg pengalaman utk berjaya. Semua yg berjaya itu adalah hasil drpada kegagalan, usaha dan pengalaman. Selamat Mencuba.

Wednesday, February 17, 2010

proses mmbuat komik.. bhg 1

assalamualaikum...(wajib jawab) sebelum ni aq ade bnyk tulis blog pasal bende ntah apa-pe, tu sbb aq nye otak pusing2 tgh on cari jln cite utk komik aq.ni kte terangkan betape susahnye org nk wt komik:
bagi org yg berpengalaman la, diorg slalu nye nk cari jln cite komik ni dari imaginasi diorg berdasarkan perkara yg berlaku di sekeliling hidup. Lepas diorg dpt idea, diorg olahkn dengan idea yg pernh diorg gune. Lepas tu, diorg panggil smue member2 die dan bincang same ade idea tu melampau ke tidak. Gerne atau yg dimaksudkn dgn kategori komik yg igin dihasilkan perlulh menarik. Lepas bincang, kenelah cari hero ngan heroin cite komik. Keje ni antara keje yg paling susah dlm menghasilkan sesebuah komik, sbb semua pembaca inginkan karekter yg luarannya 'perfect' berbanding manusia biase. Name karekter pun kene yg senang igt dan sesuai dgn umur karakter tu. Kalo name punye la payah nk sebut, boleh jadi pembaca payah nak mempromotkan komik ni bersama member diorag.. siap karekter, latar tempat,masyarakat dan masa pulak yg kene pikir. Slalunye bahgian ni bleh tahan susah sbb kne menyuaikan kredibiliti sesebuah karekter dgn smue elimen2 di sekeliling die berdasarkn mase,org ramai ngn tempat yg dipilih. Pemakaian ni toksah cite le, cume yg perlu ditekankan ialah pemakaian pada bhagian kepala dan kaki..

dah habis satu bahgian.

Friday, January 22, 2010

Usman Awang - Ke Makam Bonda

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

Monday, January 4, 2010

cara-cara untuk menenangkan diri- my style la..

adakah anda bersedia dengan cabaran hidup yang baru, tahun baru???

Tahun baru, kawan baru, hobi pun baru la... sekarang ni kita dah mula buat sajak, buat komik dan cuba membuat kata-kata semangat bagi seseorang yang inginkan..
Sesiapa yang sedih sangat, stress sangat, perlulah mencari jalan keluar daripada masalah tu..Lagi-lagi bagi pelajar yang sedang bersedia untuk peperiksaan besar tahun ini. Jangan susah payah dengar lagu atau menonton televisyen untuk melegekan minda anda, anda boleh mendapatkan ketenangan dengan hanya menengok benda(asli) yang berwarna hijau, seperti pokok-pokok dekat luar rumah, rumput-rumput...

Jangan sentiasa berfikiran pesimis, senyum selalu, jangan bercakap berlebihan dengan perkara yang tidak berfaedah kerana lebih banyak kita bercakap perkara yang tidak berfaedah, lebih banyak kita kehilangan ilmu yang disimpan. Tidurlah dengan secukupnya, paling sesuai adalah pada pukul 10 atau 11 malam. Kajian mengatakan bahawa setiap jam kita tidur sebelum pukul 12 tengah malam adalah dua kali ganda masanya. Contoh: Jika anda tidur pada pukul 10 malam, iaitu 2 jam sebelum pukul 12 tengah malam, dan bangun pada pukul 6 pagi, maka anda telah merasai tidur selama 12 jam. Anda cuba kira semula, 2 jam sebelum pukul 12 tengah malam kali dua dan tambahkan 8 jam(10mlm-6pg)= (2x2)+ 8 = 12 jam. Manusia akan sedar setelah tidur selama 6-8 jam, anda bolehlah melakukan solat sunat pada pukul 4 pagi, dan teruskan pagi anda dengan melakukan latihan tambahan... cuba fikirkan dengan lebih teliti, anda mampu menguasainya..

Tuesday, December 22, 2009

Sajak- Hidup bersama Angin

Sajak- Hidup bersama Angin

Kasut ku telah ikat ketat,
namun masih cukup ruang bagi ia lalu di celah-celahannya.
rambutku terhurai sepah dipermainkan oleh serangannya,
peluhku ditemaninya,
tenang bagaikan dibelai oleh tangan yang halus,
bibirku terkunci seribu kata.
dipermain juga pipiku olehnya dengan penuh riang,
aku meluangkan saat-saat ini dengan senyuman kecil di bibir,
bajuku terapung bersamanya,
tidak lupa juga dia terhadap skafku,
tidak terlayan dia dengan dunia lain,
bagaikan sedang menari di udara bersamanya.

Aku tidak menghiraukan yang lain,
tidak ingin mengaku kalah terhadap anggapan di luar sana,
aku tidak berilmu terhadap pemakaian,
tetapi berilmu dengan keberanian,
pemakaianku yang aneh membawa perwatakan yang bodoh terhadapku,
peduli apa aku!
Sambil aku berjalan, bersungut tentang gelakan dunia lain,
sambil aku mengingati skrip yang kebiasaannya diluahkan pada
dunia filem, drama, majalah,
kecantikan asli adalah senjata seseorang wanita,
kecerdikan dan kelicikan adalah senjata seseorang pejuang.
Ironinya mereka juga yang akan menghancurkan tangan manusia,
menghancurkan dunia bumi.

Sibuk aku mengumpul kesimpulan kehancuran hidup,
dia datang menemaniku,
menemani keberanianku,
kini,
sempat dia melegakan hatiku yang keras ini,
dan meneruskan perjalanannya bersamaku.
dia yang kusebutkan dari awal itu adalah,
wahai sang angin.
Pemikiranku yang pesimis ini
telah semakin lenyap terhadap dunia lain,
aku tidak seharusnya berterusan sebegitu,
sebaliknya menerima keadaan sedia kala.
Persoalannya mampukah aku berterus tanpa mu menemaniku?
mampukah aku berdiri?
mampukah aku berjuang untuk hidup?
mampukah aku hidup untuk mengubah segala-galanya?