Friday, January 22, 2010

Usman Awang - Ke Makam Bonda

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

Monday, January 4, 2010

cara-cara untuk menenangkan diri- my style la..

adakah anda bersedia dengan cabaran hidup yang baru, tahun baru???

Tahun baru, kawan baru, hobi pun baru la... sekarang ni kita dah mula buat sajak, buat komik dan cuba membuat kata-kata semangat bagi seseorang yang inginkan..
Sesiapa yang sedih sangat, stress sangat, perlulah mencari jalan keluar daripada masalah tu..Lagi-lagi bagi pelajar yang sedang bersedia untuk peperiksaan besar tahun ini. Jangan susah payah dengar lagu atau menonton televisyen untuk melegekan minda anda, anda boleh mendapatkan ketenangan dengan hanya menengok benda(asli) yang berwarna hijau, seperti pokok-pokok dekat luar rumah, rumput-rumput...

Jangan sentiasa berfikiran pesimis, senyum selalu, jangan bercakap berlebihan dengan perkara yang tidak berfaedah kerana lebih banyak kita bercakap perkara yang tidak berfaedah, lebih banyak kita kehilangan ilmu yang disimpan. Tidurlah dengan secukupnya, paling sesuai adalah pada pukul 10 atau 11 malam. Kajian mengatakan bahawa setiap jam kita tidur sebelum pukul 12 tengah malam adalah dua kali ganda masanya. Contoh: Jika anda tidur pada pukul 10 malam, iaitu 2 jam sebelum pukul 12 tengah malam, dan bangun pada pukul 6 pagi, maka anda telah merasai tidur selama 12 jam. Anda cuba kira semula, 2 jam sebelum pukul 12 tengah malam kali dua dan tambahkan 8 jam(10mlm-6pg)= (2x2)+ 8 = 12 jam. Manusia akan sedar setelah tidur selama 6-8 jam, anda bolehlah melakukan solat sunat pada pukul 4 pagi, dan teruskan pagi anda dengan melakukan latihan tambahan... cuba fikirkan dengan lebih teliti, anda mampu menguasainya..

Tuesday, December 22, 2009

Sajak- Hidup bersama Angin

Sajak- Hidup bersama Angin

Kasut ku telah ikat ketat,
namun masih cukup ruang bagi ia lalu di celah-celahannya.
rambutku terhurai sepah dipermainkan oleh serangannya,
peluhku ditemaninya,
tenang bagaikan dibelai oleh tangan yang halus,
bibirku terkunci seribu kata.
dipermain juga pipiku olehnya dengan penuh riang,
aku meluangkan saat-saat ini dengan senyuman kecil di bibir,
bajuku terapung bersamanya,
tidak lupa juga dia terhadap skafku,
tidak terlayan dia dengan dunia lain,
bagaikan sedang menari di udara bersamanya.

Aku tidak menghiraukan yang lain,
tidak ingin mengaku kalah terhadap anggapan di luar sana,
aku tidak berilmu terhadap pemakaian,
tetapi berilmu dengan keberanian,
pemakaianku yang aneh membawa perwatakan yang bodoh terhadapku,
peduli apa aku!
Sambil aku berjalan, bersungut tentang gelakan dunia lain,
sambil aku mengingati skrip yang kebiasaannya diluahkan pada
dunia filem, drama, majalah,
kecantikan asli adalah senjata seseorang wanita,
kecerdikan dan kelicikan adalah senjata seseorang pejuang.
Ironinya mereka juga yang akan menghancurkan tangan manusia,
menghancurkan dunia bumi.

Sibuk aku mengumpul kesimpulan kehancuran hidup,
dia datang menemaniku,
menemani keberanianku,
kini,
sempat dia melegakan hatiku yang keras ini,
dan meneruskan perjalanannya bersamaku.
dia yang kusebutkan dari awal itu adalah,
wahai sang angin.
Pemikiranku yang pesimis ini
telah semakin lenyap terhadap dunia lain,
aku tidak seharusnya berterusan sebegitu,
sebaliknya menerima keadaan sedia kala.
Persoalannya mampukah aku berterus tanpa mu menemaniku?
mampukah aku berdiri?
mampukah aku berjuang untuk hidup?
mampukah aku hidup untuk mengubah segala-galanya?

Sajak - Misi

Sajak-Misi

Sungguh bahang rasanya,
mengelilingi suasana megah,
mengendalikan misi yang sukar dikendali.
mahu di mana ku berada,
tetap wujudlah rintangan yang sama bandingnya.
hidup seumpama misi yang kukatakan
tidak ada jalan lain
selain jalan yang lurus.
kreativiti dan inovatif dapat melebarkan
jalan tersebut,
meluaskan horizon pemikiran manusia
bagi penyelesaian setiap rintangan dalam misi masing-masing.

berkumandanglah segala irama yang terpendam dalam diri,
fikiran bercelaru,
riak muka bercerut,
imbasan kenangan yang lalu,
pahit, manis, masam, masin,
apakah yang telah kulakukan terhadap duniaku ini?
berdiri seketika bagi penyelesaian masalah,
tenang di hati tenang di fikiran,
kelipan mata setiap insan membuat kuberfikir,
apa yang mereka inginkan?
apa yang mereka impikan?
dunia yang gelap atau cerah.
Bertaburan segala idea mindaku.
Tidak terkata-kata aku terhadap misi ku ini,
senyap dan terus membentangkan horizon pemikiranku.
Masih sedarkah aku di mana aku berada sekarang?
Di mana aku berdiri sekarang?

Manusia dari azali dipelihara di sekitar kawasan
yang disekelilingi dengan keadaan yang mundur,
mundur dengan ilmu kesyukuran, keikhlasan
terhadap misi, hidup
maka terkisarlah segala halangan pada misi tersebut.
Penyedaran makhluk terhadap kesesakkan hidup
masih jauh di perantauan,
ahli bumi turut gagal dalam misi kendalian diri
terhadap dunia alam.

Monday, December 21, 2009

Sajak - Nikmat

Sajak- Nikmat

Renyaian hujan sedang meliputi bumi,

angin baldu ditiup malalui celahan kehidupan manusia.

Meresap kelegaan yang dirasai dengan penuh syukur,

aku termenung menghadap pemandangan yang ditujui hanya untuk

sebahagian makhluk yang bertuah di dunia ini.

Alangkah nikmatnya aku masih dapat memandangnya dengan

keadaan yang penuh sempurna.

Titisan air hujan membasahi ruang yang sedang kuberteduh,

suhu di sekeliling semakin meningkat,

udara sejuk yang menyegarkan.

Makhluk-makhluk yang lain berusaha mencari tempat untuk terus hidup.

Kuberseorangan menunggu kehabisan hujan yang sedang turun dengan tenangnya,

sambil membayangkan keadaan di seberang dunia,

yang sedang makhluk-makhluk bertumpah darah hanya inginkan

hujan, angin, ruang, udara,

inginkan pemandangan yang penuh istimewa,

inginkan nikmat ……

Terhentilah hujan,

air hujan mengembuni daun-daun rumput.

Cahaya matahari muncul semula,

bahangnya pula semakin meningkat.

Jalanan penuh dengan kelopak lecak,

dibasahi rahmat,

lalu rahmat diserap oleh tanah-tanih yang kelaparan.

Tentera semut kembali berkhidmat,

kedengaran semula bunyi yang dialunkan burung,

suasana menjadi sibuk semula.

Di situlah penghabisannya saat-saat yang tenang,

dan bermulalah saat-saat kesibukan,

Tidak ada masa yang dapat kita duduk sebentar,

sedangkan duit dan harta tidak kemana.

Tidak sedarkah kamu terhadap rezeki yang kamu semua inginkan

telah wujud di sekeliling kita,

Sungguh buta kami semua terhadap nikmat yang dikurnia oleh Mu,

Biarpun kami makhluk sekalian alam sedang berusaha menyedarinya dari awal,

Tetapi ketamakkan dan kesombongan telah menghalang kesedaran kami.

azam yang sungguh utuh terhadap kehancuran tamak dan sombong,

meliputi seluruh badan makhluk.

Di sinilah kami berjuang,

berjuang habis-habisan hanya untuk kekayaan, kenamaan, kewujudan

dan juga nikmat.....

-by me.